Prinsip am Adaptasi

Erti adaptasi hanya boleh difahami apabila dikaitkan dengan seluruh biologi spesies. Julian Huxley [6]

Pertama sekali, adaptasi merupakan proses, bukan anggota tubuh badan.[7] Perbezaannya boleh dilihat dalam sesejenis parasit dalaman (seperti cacing), yang struktur tubuhnya amat ringkas, namun organisme itu sendiri amat mampu menyesuaikan diri dengan persekitaran luar biasa. Dengan ini, dapat kita perhatikan bahawa adaptasi ini bukan sekadar perihal trait (sifat-sifat) yang nyata di mata kita: bagi parasit sebegini, proses adaptasi yang terpenting berlaku dalam kitaran hidup yang selalunya agak rumit.[8] Namun begitu, secara praktiknya, adaptasi selalunya memaksudkan hasilnya, iaitu ciri-ciri spesies yang timbul daripada proses tersebut. Kebanyakan ciri-ciri sesejenis haiwan atau tumbuhan boleh dipanggil adaptasi begitu sahaja, tetapi selalunya memang ada ciri-ciri yang diragui fungsinya. Dengan menggunakan istilah adaptasi untuk proses evolusi, dan sifat adaptasi untuk anggota atau fungsi tubuh (hasil), maka bolehlah dibezakannya kedua-dua erti istilah tersebut.

Adaptasi boleh dilihat sebagai satu aspek dalam proses dua peringkat. Pertama sekali ialah penspesiesan (pemecahan spesies atau kladogenesis) yang disebabkan oleh pemencilan geografi atau lain-lain mekanisme.[9][10] Keduanya ialah adaptasi yang dipacu oleh pemilihan semula jadi. Proses sedemikian mungkin pernah berlaku dalam spesies burung Ciak Darwin, antara lainnya. Contoh terbaik masa kini ialah evolusi ikan siklid yang hidup di tasik-tasik Afrika, yang mana persoalan kepencilan pembiakannya lebih rumit lagi.[11][12]

Satu lagi prinsip utama adalah bahawa sesejenis organisme mesti berdaya hidup di semua peringkat perkembangan dan semua peringkat evolusinya. Ini memang benar, walaupun terdapat kekangan pada evolusi perkembangan, kelakuan dan struktur organisme. Adalah dipercayai bahawa kekangan utamanya ialah keperluan yang berubah-ubah dalam sistem ketika evolusi sepatutnya kecil-kecilan sahaja, kerana sistem tubuh amat kompleks dan saling brsambungan. Kukuh sekali prinsip ini, selain adanya pengecualian yang jarang ditemui, seperti poliploidi dalam tumbuhan biasa ditemui,[13] begitu juga dengan simbiosis mikroorganisme yang membentuk eukariota.[14]

Semua jenis adaptasi membantu organisme bermandiri dalam ceruk ekologinya.[15] Sifat adaptasi ini boleh bersifat struktur, kelakuan atau fisiologi. Adaptasi struktur ialah ciri-ciri fizikal organisme (bentuk, litupan badan, atau kelengkapan pertahanan atau serangan); dan juga susunan anggota dalamannya). Adaptasi kelakuan terdiri daripada rantaian kelakuan (terutamanya naluri) dan/atau keupayaan belajar yang boleh diwarisi. Contohnya: pencarian makanan, mengawan, penyuaraan. Adaptasi fisiologil pula membolehkan organisme melakukan fungsi istimewa (contoh: menghasilkan bisa, merembeskan lendir, fototropisme); bahkan juga fungsi-fungsi biasa seperti membesar dan berkembang, mengawal suhu badan, mengimbangkan ion dan lain-lain lagi aspek homeostasis. Oleh itu, adaptasi mempengaruhi semua aspek kehidupan organisme.

Takrifan

Takrifan berikut disumbangakn oleh Theodosius Dobzhansky.

1. Adaptasi ialah proses evolusi yang mana sesebuah organisme menjadi lebih mampu hidup dalam habitatnya.[16]2. Keadaptasian is the state of being adapted: the degree to which an organism is able to live and reproduce in a given set of habitats.[17]3. Sifat adaptasi ialah aspek pola perkembangan organisme yang membolehkan atau mempertingkatkan kemungkinan organisme untuk hidup dan membiak.[18]

Kesadaptasian dan ketegapan

Rencana utama: Ketegapan (biologi)

Jelas sekali terdapat hubungan antara keadaptasian dan ketegapan (konsep utama genetik populasi). Ketegapan ini ialah anggaran dan peramal kadar pemilihan semula jadi. Pemilihan semula jadi bertindak mengubah kekerapan relatif fenotip alternatif, selagi boleh diwarisi.[19] Walaupun saling berhubung kait, adaptasi tidak semestinya menjamin ketegapan atau sebaliknya: fenotip yang tinggi keadaptasiannya belum tentu tinggi ketegapannya. Dobzhansky menyebut sebagai contoh pokok kayu merah California yang tinggi keadaptasiannya, namun masih menghadapi ancaman kepupusan.[16] Elliott Sober mengulas bahawa adaptasi merupakan konsep yang retrospektif kerana membayangkan sejarah sesuatu sifat, manakala ketegapan meramal masa depan sifat itu.[20]

1. Ketegapan. Takat perbezaan demografi antara fenotip. Biasanya bersukatan relatif: sumbangan purata kepada populasi membiak oleh fenotip. Ini juga dikenali sebagai ketegapan Darwin, ketegapan relatif, pekali berpilih, dan lain-lain istilah.2. Keadaptasian. Biasanya bersukatan mutlak: sumbangan mutlak purata kepada populasi membiak oleh pembawa fenotip. Juga dikenali sebagai ketegapan mutlak, dan juga parameter Malthus apabila diaplikasi pada keseluruhan spesies.[21]